Wednesday, April 6, 2022

Elemen Asas Grafik

Asas grafik mempunyai 5 ciri-ciri utama iaitu:

1. Mudah
2. Teks
3. Warna
4. Kesesuaian
5. Keseimbangan.






Elemen: Mudah

Tema: Kerohanian

Rujukan: https://pin.it/DNH3PPO

Huraian: Gambar di atas amat mudah difahami. Terdapat elemen pemandangan pinggir pantai yang memutih, matahari yang hampir terbenam, pasir pantai yang indah dan terlihat dua orang sedang besiar-siar menikmati sunset jelas menunjukkan pemandangan pantai sewaktu matahari terbenam. Dari segi perlambangan, gambar amat sesuai melambangkan tema kerohanian. Suasana ini sesuai untuk seseorang itu mencari ketenangan, refleksi diri, penyembuhan peribadi dan sebagainya.





Elemen: Mudah

Tema: Alam sekitar

Sumber: Gambar yang diambil di Zoo Taiping, Perak

Huraian: Gambar di atas amat mudah untuk difahami. Bahagian di tengah gambar menunjukkan terdapat tiga ekor gajah yang sama saiz, tembok, tunggul kayu dan sebagainya. Manakala pada bahagian atas gambar terdapat permandangan bukit-bukau, pohon dan sebuah bangunan. Bahagian bawah gambar terdapat pemandangan satu tasik yang agak kotor airnya. Gambaran di atas jelas menunjukkan pemandangan di kandang gajah atau pemandangan biasa di Zoo. 




Elemen: Teks

Tema: Kemewahan

Rujukan: https://pin.it/5ncMQux

Huraian: Gambar di atas menunjukkan terdapat penggunaan teks iaitu “Saint Laurent”. Jenis font digunakan amat sesuai sekali kerana mudah di baca dan difahami. Saiz font yang digunakan juga sesuai kerana bersaiz besar memudahkan orang untuk mencari kedai tersebut. Penggunaan warna emas pada teks tersebut amat sesuai sekali untuk mewakili tema “luxury” kerana emas merupakan simbol kepada kekayaan, kemewahan, kualiti, reputasi dan keanggunan dipadukan dengan latar belakang warna hitam yang mewakili kuasa, elegen, kekuatan dan sebagainya. Penggunaan warna font tersebut sesuai untuk mewakili jenama mewah “Saint Laurent”.





Elemen: Teks

Tema: Modern

Sumber:  Gambar yang diambil di Cafe Fly Me To, Georgetown, Pulau Pinang

Huraian: Berdasarkan gambar di atas, terdapat penggunaan teks iaitu “have dreams”. Untuk “have” jenis font yang digunakan kurang sesuai kerana susah untuk dibaca dan juga saiz font agak kecil. Bagi perkataan “dreams”, jenis font yang digunakan amat sesuai dan saiz fontnya agak besar menyebabkan mudah dibaca. Penggunaan teksnya amat menarik dan mudah difahami penonton. Dengan penggunaan teks tersebut telah memancarkan elemen modern bagi suasana gambar tersebut.





Elemen: Warna

Tema: Kedamaian

Rujukan: https://pin.it/2DCqdiJ

Huraian: Seperti dilihat, gambar di atas menggunakan tidak lebih daripada 4 warna. Warna yang digunakan merupakan warna pastel iaitu merah jambu, ungu lavender, hitam dan putih. Warna pastel sesuai untuk mewakili dengan tema ketenangan dan keterbukaan. Sesuai untuk menggambarkan suasana gambar diatas iaitu suasana tasik yang menenangkan dan memberi sentuhan yang lembut.





Elemen: Warna

Tema: Kesederhanaan

Sumber: Gambar yang diambil di Cafe Fly Me To, Georgetown, Pulau Pinang

Huraian: Gambar di atas hanya menggunakan empat warna sahaja. Warna yang digunakan ialah hijau, putih, coklat dan biru tua. Warna yang digunakan merupakan warna yang mudah dan tidak mencolok mata yang menjadikan gambar ini terlihat lebih sederhana dan tenang dilihat. Pemilihan warna yang mudah dan asas ini dapat menarik minat penonton untuk melihat foto ini. Walaupun pemilihan objek-objek di dalam gambar ini terlihat agak banyak namun pemilihan warna yang sederhana dan asas menjadikan foto ini terlihat tenang dan harmoni.


 


Elemen: kesesuaian

Tema: ketenangan

Rujukan: https://pin.it/7Md8XM6

Huraian: Gambar di atas menunjukkan permandangan hutan. Gambar ini menunjukkan laluan pejalan kaki berada di tengah gambar, kiri dan kanan gambar mempunyai semak samun dan pokok-pokok yang tinggi manakala bahagian atas gambar menunjukkan langit biru yang dihiasi awan putih dan jingga. Gambar ini sesuai untuk menggambarkan kawasan hutan yang dijadikan laluan pejalan kaki. Suasana hutan tersebut amat tenang dilihat dan menggamit kenangan terdahulu.





Elemen: kesesuaian

Tema:  Minimalist

Sumber:  Gambar yang diambil di Cafe Fly Me To, Georgetown, Pulau Pinang

Huraian: Seperti dilihat gambar di atas terdapat perabot seperti kerusi, meja cafe, payung, lampu chandelier dan sebagainya jelas menunjukkan suasana di dalam cafe. Pemilihan perabot dan warna amat sesuai untuk menujukkan bahawa cafe di atas mengangkat tema minimalist disamping pemilihan warna pastel yang simple dan sederhana. Gambar di atas jelas menunjukkan suasana yang tenang dan sesuai untuk penonton meluangkan waktu di cafe ini.  



Elemen: keseimbangan

Tema: keharmonian

Rujukan: https://pin.it/27U55yl

Huraian: Gambar ini mempunyai keseimbangan kiri dan kanan dan juga atas dan bawah. Disebelah kiri dan kanan mempunyai empat pokok kurma yang seimbang jumlahnya menyebabkan gambar terbahagi dengan sempurna. Manakala di sebelah atas gambar terdapat langit dan awan dan bahagian bawah mempunyai kawasan darat iaitu terdapat jambatan, pokok, laut dan sebagainya menjadikan gambar dilihat seimbang. Gambar ini menekankan prinsip keseimbangan menjadi terbentuknya imej yang harmoni dan cantik.



Elemen: keseimbangan

Tema: kerohanian

Sumber: Gambar yang diambil di Pantai Teluk Bayu, Pulau Pinang

Huraian: Kedudukan matahari yang berada di tengah gambar terlihat seimbang. Bahagian atas iaitu langit yang dihiasi dengan awan yang kelabu dan juga bahagian bawah yang terdiri daripada laut dan juga bukit-bukau terlihat terbahagi dua dengan sempurna kerana terdapat matahari sebagai subjek di tengah-tengah paksi gambar. Keseimbangan tersebut telah mendatangkan aura positif di dalam gambar ini. Suasana gambar ini sesuai untuk melambangkan tema kerohanian. 



                                         

                                                   Kehadiran Kuliah Minggu 2- 30/3/2022


No comments:

Post a Comment

Ketika dan Kelimat

 Bagi saya, pada mulanya saya tidak begitu menyukai kursus ini. Saya merasakan Prof memberikan tugasan yang yang terlalu banyak dan menyusah...