Monday, July 4, 2022

Ketika dan Kelimat

 Bagi saya, pada mulanya saya tidak begitu menyukai kursus ini. Saya merasakan Prof memberikan tugasan yang yang terlalu banyak dan menyusahkan kami. Tarikh penghantaran tugasan juga amat singkat. Namun, apabila saya cuba menyiapkan tugasan yang diberikan, tidak disangka bahawa saya mampu menyiapkan semua tugasan sebelum due date. Segala nasihat Prof juga amat bermakna iaitu jangan merungut dan hanya redha dengan setiap apa yang diberikan. Perkara itu amat betul apabila saya mula terima dan terus buat tugasan yang diberikan tanpa menangguh, kerja tersebut dapat disiapkan dan diselesaikan sebelum masa yang ditetapkan. Kuncinya adalah sabar dan ikhlas. Di dalam kelas ini, saya mendapat banyak ilmu yang amat berguna mengenai multimedia seperti ilmu fotografi, ilmu videografi, ilmu editing dan banyak lagi, yang boleh saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya sepanjang hayat. Selain itu, saya juga amat menyukai kursus ini kerana dapat meluangkan banyak masa dengan rakan-rakan sekumpulan. Hubungan kami juga makin rapat dan akrab. Dapat makan bersama-sama, berjalan-jalan sambil merakam video tugasan. Bagi saya kursus ini dapat mengajar banyak hal yang berguna dalam diri saya dan sedikit sebanyak mengubah sikap saya ke arah yang lebih positif. Contohnya, malas kepada rajin, kuat merungut kepada redha, dan yang paling penting sekali menanam sifat sabar dalam diri saya. Akhir sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Prof kerana sudi berkongsi ilmu yang amat berguna kepada saya. Semoga Prof halalkan segala ilmu yang diberikan. Terima kasih banyak Prof.



No comments:

Post a Comment

Ketika dan Kelimat

 Bagi saya, pada mulanya saya tidak begitu menyukai kursus ini. Saya merasakan Prof memberikan tugasan yang yang terlalu banyak dan menyusah...